Kisah Menyayat Hati-Susu Terakhir Buat Si Kecil...
Pic taken from Mr. Google!

Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Semalam BW kat blog Fiza dan ada satu entry nya yg amat menyayat hati which bila Intan habis baca, rasa nak share sangat-sangat dengan readers yg lain. Sungguh benar kasih sayang seorang ibu adalah sehingga ke hujung nyawa…thanks Fiza for sharing this touching story.

Begini kisah nya…

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...


**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang". Lewat petang semalam Intan nak ceritakan kisah di atas kat my hubby…tapi…sebelum sempat nak bukak mulut dah mengalir deras airmata ini.

Susuilah anak-anak kita sementara kita masih mempunyai "masa" di dunia ini...
Category:

23 ♥Lovely Comments♥:

UmiDAnisH said...

sedihnya.... bole tak umidanish share kisah ni? nnt umidanish link ke sini..erkk

Mknace said...

:) :) :)
sayu baca citer ni

singgah dari mknace unlimited

ibu_Arifa said...

sedihnya kak intan..dulu ada terbaca kisah lebih kurang mcm ni jgk.

diorg on the way nak gi suatu tempat..tiba2 terlupa sesuatu kat umh, then hubby dia buat u-turn..nk balik umah..tgh u-turn tu..ada lori langgar dari tepi..org ramai yg benti membantu tengok..mak ayah baby tu cedera parah dan dah meninggal..tp baby tu tgh menyusu dan selamat dalam pelukan ibunya..bomba sampai baru boleh buka (kereta remuk) dan keluarkan baby tu..mujur si ibu tu ada juga buat stok EBM(susu ibu yang di bekukan) di rumah..sekurang2nya tak de lah "terkejut"- terpaksa minum formula milk tiba2 (sbb ibunya meninggal di tempat kejadian)

Intan said...

UmiDanish: Sedih kan...Boleh, sila-sila lah share it with other readers.

Mknace: Memang sayu...

Ibu Arifa: Sedihnya cerita tu Min...kalau k.intan ada kat sana ketika itu, sure berderai airmata melihatkan nya...

win@momyShaneQeisha said...

sebaknya baca kisah ni dear.kasih ibu mmg hingga ke hujung nyawa..
*nak share juga kisah ni..specially 4 momy2 readers.tq

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

sedih dan sayunye citer ni kak Intan sampaikan intan menangis baca kisah ni.. :'(

mamaacha said...

Sedih sangat...x leh bayangkan keadaan itu

Azrina Mohd Tajul Ariffin said...

Speechless. Nak share kat blog boleh Intan?

YatieJay said...

Kasih sayang ibu hingga ke hujung nyawa :'(

Xana said...

kak,
saya nak share kat blog saya eh

Intan said...

Pada semua kengkawan yg nak share this story, plz do so kay. Semoga cerita ini menjadi ikhtibar buat kita semua...

Elin said...

kak Intan..saya baca entry ni sebak2 rasa. Coz dpt rasa cemna ibu tu semangat nk menyusukan anaknyer. My dotter umur setahun lebih pun still menyusu.. Klu sy ada kat tmpat tu sure sedih giler..da la sy ni jenis sensitif, tak boleh dgr or bc klu cerita yg melibatkan baby2 ni. Thanks share info ni.

fiza said...

Sharing is caring ^_^

Memang sedih lah intan, touching sangat. Baca berulang kali pon rasa nak menitis air mata.

dora said...

salam perkenalan...

elok2 abis baca jer citer ni, automatik air mata jatuh.. memang terasa sgt sebb saya pun masih bf anak... memang sedih sgt....

strawberi said...

sedihhhh..nangis

sygDsyg said...

salam kenal k.intan
sedih, nmpknya emosi sy tergangu 2-3 hri ni sbb asik membaca story2 pasal anak2 . terkenang anak2 kat nursery :(

nway k. intas sy follow n kita xchange link k . tq :D

chugie said...

huhu.. dh nangis dh lepas baca kisah ni.. sedih nye!

Ummi Eisya said...

waaaa..sedihnya..baru je baca ni..dah la tgh susukan amani ni..mmg mengalir air mata..betapa kasih sayang ibu tu,sakit pun di tolak ketepi..

nak letak kat blog gak la kak intan..wat penguat diri sendiri..

Intan said...

Elin: Samalah, k.intan pon tak leh bayangkan kalau myself kat tempat ibu tu :(

Fiza: Thanks ye Fiza sharing this story...betul tu every time baca sebak sgt dada nie.

Dora: Salam kenal kembali :)

Jom sama2 menyusukan anak2 kita selagi mampu dan selagi ada rezeki buat mereka :)

Strawberi: Minah, jgn nangis...

SygdSyg: Salam kenal kembali :)

Kan kan...emosi kita senang kacau kalau baca cerita2 mcm nie.

Ok, boleh aje exchange link ;)

Chugie: :(

Ummi Eisya: Tulah Fara, tgh sakit giler tu nak menanti maut tapi tetap dia gagah kan diri utk tenteramkan anak yg dlm ketakutan tu...Ya Allah, sedihnya....

Mama Syabil dan Rania said...

Salam,

Minta kebenaran nak share cerita ni ye...

BabyIntan said...

Boleh saje dear ;)

Nurul Akma binti Ayob + Shariff Norherrizan bin Sareh Nyan said...

sedihlah..

otakrempit mat rempit said...

Sedih wee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...