♥BabyIntan Headlines♥
 
Party Princess Berjaya Memikat Hati Arissa!


Satu accessory rambut yg Arissa tak berapa nak fancy sangat adalah CEKAK RAMBUT. Dari dulu lagi nak belikan dia macam-macam jenis cekak rambut for gegurl yg kiut-kiut tu tapi hampeh semata-mata bcoz semua pertanyaan dari ibunya di tolak dengan jawapan TAK MAHU! Even kalau Intan pakaikan dia my cekak, dengan pantas dia akan menanggalkannya.


Early this year, we all ada singgah ke outlet Party Princess, KLCC. Biasalah kalau dah jenjalan kat shopping complex, memang tak sah kalau kaki ini tak melangkah masuk ke kedai ‘anak-anak’ untuk membuat sedikit tinjauan peribadi, sedikit jeee…hee hee! Saja-saja tanya pada Arissa, nak tak cekak rambut beriben nie? Ingatkan jawapannya seperti biasa, ‘tak mahu’. Tapi...ehhh...lain pula jawapan yg keluar dari mulut dia. Arissa kata NAK you, dengan muka happy sambil belek-belek cekak rambut di tangan nya itu :D

Wuu huu! Ibunya yg eksaited walaupon ianya hanyalah sebuah cekak rambut…haa haa! Terus ambil, terus bayar kat kaunter. Lepas bayar tu me ingat nak pakaikan dia cekak rambut tapi dia tak mahu, katanya nanti di rumah. Okey fnelah, sampai kat rumah pula, dia boleh kata nanti besok jalan-jalan Arissa pakai. Aik! Banyak benar excuses yg di berikan…ermmm. Masa ke Cameron Highlands baru-baru ini, me ada bawa sekali cekak rambut dia. Malam tu saja suruh Arissa pakai coz me nak ambil gambar dia posing-posing sikit. Cik adik tu cakap apa tau kat ibunya, ‘ibu, nanti dah habis ambik gambar, bukak ye…’. Errr…sabar je lah!





Kesimpulannya, ya memang betul Party Princess berjaya memikat hati Arissa tapi ‘suka’ si dia pada mu wahai cekak rambut hanyalah sedetik itu sahaja...


*Ibu, senyum sikit! Nie Arissa *wink wink* manja kat ibu nie...hee hee :)*

Category:

5 ♥Lovely Comments♥:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila belikan pastu hilang, beli lagi..hilang..last2 fedup

♥MAMASYAZA♥ said...

mmg cute dgn cekak rambut pink tu

mummy_ayu said...

sama mcm Iris..tak minat sgt ngan cekak2 nie..sekarang sepit pun tak berapa sgt..kecuali kea paksa ngan Mummy..

BabyIntan com said...

Ila...
Last-last omaknya yg memakainya...hahaha...kalau tengok series boleh gelak guling-guling :D

Mamasyaza...
Tulah dia, ingat nak bagi lah npk comel lagi tapi aduhai...sat je 'suka' nya :D

Ayu...
Sama je ye bebudak nie semua. Sepit pon sama mcm ayu jugak coz part tu mmg kena 'paksa' sikit sbb kalau tak sepit habis lintang pukang rambut dia :)

Little Pea Craft said...

Hai, nama your daughter sama ngan my daughter... My girl nama dia Nea Arissa.. Btw comel la dia.. Cute. I pun ada online bisnes , hair accessories. Do visit http://littlepeacraft.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...